fbpx

Hujan, ribut petir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara sehingga lewat petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan dijangka melanda di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

“Ribut petir dan hujan turut diramal berlaku di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis,” kata kenyataan yang disiar di laman web MetMalaysia hari ini.

Menurutnya, ribut petir dan hujan yang telah berlaku di beberapa lokasi di Sabah pagi tadi diramal akan berterusan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat selain Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, ribut petir dan hujan turut diramal melanda Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI