fbpx

Yoseob semakin kurus, hilang 7kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOSEOB

SEBAGAI persediaan untuk kemunculan semulanya dalam industri dengan karya solo, penyanyi Yoseob kini menjalani rejim diet ekstrem untuk menurunkan berat badan.

Baru-baru ini menerusi Instagramnya, Yoseob membuat pendedahan telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram (kg).

“Berapa banyak awak berjaya turunkan berat badan?” soal seorang peminat menerusi sesi soal jawab dalam InstaStorynya.

Pertanyaan tersebut diajukan peminat selepas melihat gambar terkini penyanyi itu yang kelihatan semakin kurus berbanding ketika muncul bersama kumpulannya, Highlight empat bulan lalu.

Dalam gambar tersebut, Yoseob memiliki tubuh badan ideal bagi seorang lelaki ditambah dengan otot sasa pada bahagian lengannya.

Bagaimanapun, ada peminat berpendapat penyanyi yang mula aktif sejak tahun 2009 itu tidak perlu menurunkan beratnya kerana bentuk badan sebelum ini sudah cukup sempurna dengan ketinggian yang dimiliki.

Yoseob dijangka meluncurkan album solo pertamanya yang berjudul Chocolate Box pada 20 September ini sekitar pukul 6 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI