fbpx

Snoop Dogg puji rappers Malaysia, siap nak hadiahkan rantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SNOOP DOGG memuji bakat pemuzik hip hop Malaysia termasuk rapper wanita, Bunga Is Me.

PETALING JAYA – Penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg memuji usaha Joe Flizzow menaikkan muzik hip hop tanah air dengan penubuhan pentas 16 Baris yang dikepalai rapper kebanggaan Malaysia itu.

Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr. berkongsi satu entri IG Story dirinya menonton episod 16 Baris dalam laman perkongsian video, YouTube yang menyaksikan Bunga Is Me, Noki dan Wo Shi Jay mengadakan persembahan pada 2019.

“@16.baris dope show with unsigned international rappers (acara hebat memaparkan rappers antabangsa yang belum ditandatangan),” tulis Snoop yang memiliki 65 juta pengikut Instagram sebagai kapsyen pada entri berkenaan.

Dalam pada itu, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, menerusi InstaStorynya turut berkongsi untaian momen ketika mengadakan perjumpaan secara virtual dengan rapper berpengaruh dunia itu.

“Perjumpaan pagi bersama @snoopdogg. Dari LBC (Long Beach City Crew) ke KL,” tulis Joe.

Penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg memuji usaha Joe Flizzow mencungkil bakat muzik hip hop Malaysia menerusi pentas 16 Baris yang dijayakan sejak 2018.

Dalam sesi perjumpaan virtual itu, Snoop turut mengatakan tidak sabar untuk bertemu Joe dan rakan-rakan di Malaysia dan menghadiahkan rantai.

“Saya ada rantai nak berikan kepada kalian semua apabila kita bertemu nanti,” ujar Snoop.

Joe kemudian membalas: “Saya akan hantar karpet tak lama lagi anda hanya perlu bagi alamat (tertawa).”

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records (syarikat milik Joe) dan Rocketfuel Entertainment yang menyediakan platform untuk menonjolkan bakat hip hop Asia Tenggara.

Sudah berlangsung dua musim, setiap episod menampilkan bakat baharu dunia hip hop dari negara Asia Tenggara terutamanya Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara bakat yang telah berjaya digilap dan dihidu dari pentas 16 Baris adalah K-Clique, Bunga Is Me, Zameera dan Yung Raja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI