fbpx

Jadilah orang yang berguna, bukannya sampah – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Ara Johari sakit hati dengan sikap pengotor orang ramai yang tidak menjaga alam sekitar dan membuang sampai merata-rata ketika berkunjung ke lokasi perkelahan,

PETALING JAYA – “Kau ingat atas bukit sana ada tukang kutip sampah yang nak kemaskan untuk kau ke?”

Itu antara luahan ketidakpuashatian penyanyi, Ara Johari selepas kecewa melihat sikap segelintir rakyat negara ini yang masih membuang sampah secara merata-rata di lokasi rekreasi seperti air terjun.

Luahan kekecewaan tersebut dikongsi Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari dalam satu hantaran InstStorynya semalam.

“Anda semua jika nak pergi mendaki atau berkhemah di kawasan air terjun, tolong pastikan sampah dibawa turun ke bawah dan buang ke tempat yang sepatutnya atau bakar sebelum nak pulang.

“Macam mana nak jaga alam sekitar jika masih terdapat sekumpulan manusia yang tiada sivik,” kata wanita berusia 24 tahun itu dengan nada kesal.

Tambah Ara yang terkenal dengan lagu Bunga itu, sampah-sarap yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab akan mencacatkan pemandangan indah di sesebuah lokasi perkhemahan atau perkelahan.

“Aku geramlah, kita mendaki dan berkhemah sebab nak menyaksikan keindahan alam sekeliling serta menghirup udara segar.

“Tetapi jika sampah dibuang merata-rata, kau rasa tak sakit ke mata bila tengok?

“Kau ingat di atas sana ada tukang kutip sampah ke yang nak kemaskan untuk kau? Tolong jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah,” katanya lagi.

Sejak awal minggu ini, tular beberapa buah video dan foto memaparkan beberapa lokasi rekreasi awam iaitu lokasi air terjun popular dicemari dengan lambakan sampah-sarap yang dibuang oleh segelintir pengunjung.

Perkara tersebut sekaligus mencetuskan kemarahan ramai pihak yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab orang ramai sehingga mencemarkan alam semula jadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI