fbpx
PEGAWAI kastam Indonesia menunjukkan dadah diseludup oleh juruterbang Malaysia sebagai bukti semasa sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang dekat Jakarta hari ini. – AFP 

Indonesia tangkap juruterbang Malaysia bersama 26kg dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia menahan seorang juruterbang warga Malaysia kerana didakwa menyeludup 26 kilogram dadah jenis ekstasi ke Jakarta semasa bertugas dan berada di bawah pengaruh dadah, kata pejabat kastam hari ini seperti laporan agensi berita CNA.

Juruterbang berumur 39 tahun itu ditahan kelmarin di lapangan terbang utama Jakarta.

“Juruterbang dikenal pasti melalui singkatan MS ini baru saja menerbangkan pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jakarta,” kata pegawai kastam, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang dalam sidang akhbar hari ini.

Dinamakan sebagai suspek jenayah, dia membawa ekstasi dalam bagasi ke Jakarta atas permintaan individu tidak dikenali dengan janji ganjaran sebanyak RM50,000, kata pejabat kastam.

MS juga didapati berada di bawah pengaruh kokain dan methamphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, kata Hengky sambil menambah, pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia sedang berkomunikasi.

Hengky berkata lagi, juruterbang tersebut bertindak sebagai keldai dadah.

Malaysia Airlines enggan mengulas  kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan, namun menyatakan, pihaknya  tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku dan sedang menjalankan siasatan dalaman.

Syarikat juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Indonesia mempunyai undang-undang dadah ketat, manakala pada 2015 telah menghukum mati dua warga Australia dalam sindiket dadah Bali Nine kerana cubaan menyeludup heroin keluar dari pulau peranginan Bali. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN