fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir landa tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, ancaman itu melibatkan seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak melibatkan kawasan Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru Miri dan Marudi).

“Di Sabah pula kawasan yang terkesan ialah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya hari ini. – K! ONLINE