fbpx

[VIDEO] Empat suspek disyaki buang sisa toksik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tiga dari kanan) meninjau lokasi yang dilaporkan berlaku pembuangan bahan sisa toksik di Kampung Sri Aman, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan empat lelaki termasuk seorang pemilik kilang selepas disyaki melakukan pembuangan sisa industri berjadual ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mereka ditahan di sebuah kilang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Baru Sri Aman.

“JAS Johor telah menahan empat orang suspek termasuk seorang pemilik premis selepas disyaki terlibat dalam insiden pembuangan sisa toksik.

“Siasatan dijalankan mengikut 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Polis Johor akan memberikan kerjasama kepada pihak JAS dalam menjalankan siasatan susulan.

“Mungkin ada lagi lokasi-lokasi yang perlu diperiksa dan mungkin ada lagi tangkapan-tangkapan perlu dibuat,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof berkata, pihaknya sudah mengambil sampel bahan buangan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti jenis bahan kimia sebenar.

Jelasnya, keputusan akan ditentukan dalam kadar segera.

“JAS dan polis akan melakukan pemeriksaan susulan ke atas beberapa premis industri berdekatan bagi mengenal pasti punca atau mengesan premis yang membuat pelupusan secara haram,”katanya.

Terdahulu, 102 penduduk Kampung Baru Sri Aman di sini terpaksa dipindahkan selepas terhidu bau bahan kimia dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Dua wanita berusia antara 20-an dan 40-an dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sinu selepas mengadu sesak nafas akibat terhidu pencemaran bau berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI