fbpx
Lelaki tersebut memanjat menara antena sebagai ‘pengajaran’ kepada isterinya. - Eivind Lie Nitter/Flickr

Suami merajuk panjat pencawang selepas bertengkar dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat sebuah pencawang telekomunikasi di Bang Lamung, dipercayai kerana  bertengkar dengan isterinya, lapor laman berita Thaiger News semalam.

Petugas keselamatan dan media tempatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari lelaki itu yang berada pada ketinggian 17 meter di atas pencawang  tersebut sekitar  pukul 9 malam (waktu tempatan).

Petugas keselamatan terpaksa memujuk lelaki itu menggunakan alat pembesar suara namun gagal.

Lelaki tersebut mengaku dia memanjat menara tersebut selepas bertengkar dengan isterinya.

Menurut lelaki itu, dia bekerja sebagai seorang cef di sebuah restoran masakan Thailand dan meminta isterinya untuk membawanya ke sebuah pasar bagi membeli stok bahan masakan memandangkan dia berada dalam keadaan mabuk.

Isterinya bagaimanapun menolak permintaan lelaki itu, menyebabkan mereka bertengkar sebelum dia memanjat pencawang tersebut untuk memberi ‘pengajaran’ kepada wanita itu.

Petugas keselamatan akhirnya terpaksa memanjat menara itu untuk menurunkan lelaki tersebut.

Menurut pihak berkuasa Bang Lamung, dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan bagi menjalani penilaian mental rutin. – Agensi 

POPULAR