fbpx

Rugi RM35,480 ditipu tawaran kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

KUANTAN – Berhati-hati jika menerima tawaran kerja sambilan melalui media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp berikutan wujud pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.

Difahamkan sindiket berkenaan menggunakan modus operandi dengan menawarkan pendapatan lumayan melalui tugasan yang diberikan namun dalam masa sama meminta mangsa membuat bayaran dengan pelbagai alasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dalam kes terbaharu, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Bentong menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud sehingga mangsa mengalami kerugian sehingga RM35,480.

“Mangsa diperdaya dengan tawaran kerja sehingga mangsa melakukan beberapa transaksi ke dalam dua akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima pulangan wang dan komisen yang dijanjikan sebelum datang ke balai membuat laporan polis,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dalam tawaran kerja sambilan sehingga mangsa mengalami kerugian.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI