fbpx

Juruteknik maut kereta langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran hari ini.

MARAN – Seorang juruteknik maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 6.10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Arif Hazwan Abdul Halim, 26, dalam perjalanan dari Kampung Lubuk Paku di sini ke bandar Maran.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan jenis Proton Wira dipandunya lalu terbabas dan melanggar tiang lampu di pembahagi jalan berkenaan.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh menuruni bukit dan permukaan jalan basah selepas hujan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI