fbpx

Buruh mengaku salah rogol remaja bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Che Rohaiza (tengah) mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur hujung bulan lalu.

Tertuduh, Che Rohaiza Che Rohim, 39, mengaku salah bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun enam bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuin, Tanah Merah kira-kira pukul 2 petang pada 28 dan 29 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh kerana pendakwaan bagi kes itu tidak boleh diberikan ikat jamin.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman minimum dikenakan terhadapnya selain meminta kedua-dua hukuman bagi pertuduhan itu berjalan serentak.

Mahkamah menangguhkan tarikh hukuman bagi kes itu pada 26 September depan sementara menunggu laporan perubatan mangsa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI