fbpx
Ledakan bom ikan menghancurkan dua rumah di Desa Macan Putih, Kecamatan Gondangwetan, Pasuruan. - Times Indonesia

Bom ikan meletup, penduduk sangka tsunami melanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebanyak 13 rumah di Dusun Macan Putih, Kabupaten Pasuruan mengalami kerosakan teruk apabila sebutir bom ikan meletup secara tiba-tiba, lapor Suara.com, semalam.

Bom ikan adalah sejenis bahan letupan yang biasa digunakan nelayan untuk menangkap ikan di lautan dalam. 

Menurut siasatan awal polis, ledakan itu dikesan berpunca dari dua buah rumah penduduk bernama Mat Sidiq dan Gofar yang bekerja sebagai nelayan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Ketua Kampung Desa Macan Putih berkata, letupan yang kedengaran sehingga jarak 5 kilometer itu turut merosakkan 11 buah rumah lain.

Buat masa kini, jumlah kerugian dan kerosakan yang dialami penduduk masih disiasat oleh pihak berkuasa daerah.

Sementara itu, salah seorang saksi bernama Citra berkata, ketika letupan berlaku, dia menyangka tsunami melanda kampung kerana gegaran yang sangat kuat.

“Saya melihat orang kampung berlari keluar sambil menangis dan melaungkan azan.

“Saya fikir kampung dilanda tsunami,” ujar Citra. – Agensi

POPULAR