fbpx
Siti Mariah (dua dari kanan) bersama beberapa petugas kesihatan dan sukarelawan di program SelVAX Mobile di Kompleks Pasar Besar Meru, Klang.

50,000 dos disediakan menerusi SelVAX Mobile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebanyak 50,000 dos vaksin Covid-19 diperuntukkan dalam Program Vaksin Selangor (SelVAX) Mobile yang bermula hari ini di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri menyediakan dua buah kenderaan iaitu bas dan van yang akan menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak dalam memastikan imuniti berkelompok terus dicapai di negeri ini.

Katanya, langkah ini dilakukan susulan masih ada komuniti yang belum menerima vaksin sama ada disebabkan masalah teknikal atau tiada kesedaran bagi mendapatkan vaksin.

Beberapa petugas kesihatan sedang menyuntik vaksin kepada penerima vaksin ketika program SelVAX Mobile di Kompleks Pasar Besar Meru, Klang.

“Dua buah kenderaan ini mampu memberikan 750 dos vaksin setiap hari. Sekiranya dos vaksin tidak mencukupi, kerajaan negeri sedia membeli vaksin lagi untuk program ini.

“Mereka perlu berdaftar menerusi aplikasi SELangkah dengan hanya perlu ke pejabat wakil rakyat masing-masing untuk memberikan nama,” katanya selepas melawat SelVAX Mobile di Kompleks Pasar Besar Meru, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, menerusi program ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli Parlimen untuk menjadi tuan rumah serta menyediakan senarai individu yang akan menerima vaksin pada hari program tersebut.

Ujar Siti Mariah, program akan dilaksanakan sekiranya jumlah penerima vaksin sekurang-kurangnya 250 orang.

“Pihak yang panggil SelVAX Mobile perlu ada nama serta jumlah penerima yang akan ambil vaksin bagi mengelakkan pembaziran,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR