fbpx

Kantoi menari Bollywood, ‘Malik cari ‘tukang kompilasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ yang terkenal dengan karakter gengster bernama Malik rupa-rupanya handal juga menari tarian Bollywood.

SIAPA sangka Datuk Aaron Aziz yang popular dengan watak samseng sebagai Malik pernah menari tarian Hindustan!

Rahsia tersebut ‘pecah’ apabila rakaman yang menggabung beberapa wataknya tular dalam media sosial baru-baru ini.

Video tersebut seterusnya mendapat perhatian Aaron sehingga dia berseloroh mahu memburu individu yang menularkan rakaman berkenaan.

“Ini siapa punya kerja yang cari rakaman zaman dulu?

“Yang joget macam itik itu ketika belum rakaman dan belakang tabir. #guacarilusampaidapat,” tulis Aaron.

Dalam ruangan komen, ramai yang terhibur melihat sisi berbeza ‘Malik’ yang digeruni ramai sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI