fbpx

PGA rampas 73 ekor ayam laga, ratu berharga RM365,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Shukor (kiri) menunjukkan gambar ayam ratu yang dirampas PGA di hadapan sebuah premis di Pasir Mas Ahad lalu.

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki yang menyeludup 73 ekor ayam laga dan ayam ratu bernilai RM365,000 dari negara jiran di hadapan sebuah kedai di Pasir Mas Ahad lalu.

Rampasan ayam itu dilakukan PGA selepas menahan sebuah kereta yang dipandu oleh suspek berusia 41 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, semasa melakukan rondaan, sepasukan anggota PGA telah menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 73 ekor ayam dengan setiap seekor dianggarkan bernilai RM5,000.

“Pemeriksaan lanjut keatas kereta itu turut menemui sembilan ekor burung pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM13,500.

“Kita tidak menolak kemungkinan permintaan tinggi terhadap haiwan peliharaan itu merupakan faktor utama yang mendorong penyeludup melakukan kegiatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini hari ini.

Mat Shukor memberitahu, kesemua haiwan termasuk kereta yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Vaterina untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI