fbpx

Warga asing simpan rokok, minuman keras seludup di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok dan arak dipercayai seludup dirampas di sebuah rumah di Kampung Selamat, Tasek Gelugor semalam.

SEBERANG PERAI – Polis merampas sejumlah minuman keras dan rokok tidak bercukai yang diseludup di sebuah rumah di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, serbuan dijalankan di rumah berkenaan yang dijadikan stor simpanan kira-kira pukul 9.45 malam.

“Menerusi serbuan terbabit, kita merampas tiga jenama rokok berjumlah 132 karton serta 52 botol dan 3 karton minuman keras yang kesemuanya bernilai RM9,000.

“Kita turut menahan seorang lelaki warga asing yang mengakui terlibat dalam urusan penjualan barangan tidak bercukai terbabit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) AKta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI