fbpx

Kuching City sedia buru slot Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan jaringan ketika menyaksikan Kuching City menewaskan Sarawak United 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor kelmarin. – KUCHING CITY FC

KETUA jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim meletakkan sasaran untuk membawa pasukan itu beraksi dalam saingan Piala Malaysia dengan merebut slot sebagai lima pasukan terbaik Liga Premier.

Hasratnya itu semakin hampir menjadi kenyataan selepas menewaskan pendahulu liga, Sarawak United 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang kelmarin.

Bagaimanapun, beliau enggan mendabik dada terlalu awal memandangkan mereka perlu mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri menentang Kelantan United Sabtu ini bagi meletakkan Kuching City dalam kedudukan lebih terjamin.

“Buat masa ini tempat kami untuk ke Piala Malaysia masih belum terjamin kerana perlu mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri atau menang ke atas Kelantan United Sabtu nanti.

“Bagaimanapun, saya sedikit lega kerana kami ada waktu rehat ekstra sebelum melayan kunju­ngan Kelantan United nanti. Oleh itu, pemain-pemain ada sedikit masa untuk dapatkan kecergasan,” kata jurulatih berpe­ngalaman itu.

Berdasarkan carta terkini saingan Liga Premier, pasukan dari Sarawak itu berada di kedudukan terbaik untuk layak ke Piala Malaysia meman­dangkan tiga pasukan feeder yang berada di atas tidak dibenarkan beraksi dalam saingan tersebut.

Mengulas kemenangan yang dicatat ke atas Sarawak United, Irfan gembira kerana dapat memberi lebih banyak peluang kepada anak jati Sarawak menunjukkan kemampuan masing-masing pada perlawanan tersebut.

“Ada tiga pemain utama tidak dapat diturunkan hari ini (kelmarin), jadi saya ambil kesempatan menurunkan pemain-pemain yang merupakan anak jati Sarawak. Oleh itu, kemenangan yang diraih membuatkan ia lebih istimewa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI