PETALING JAYA – “Al-Fatihah kepada pak saudara, baru kehilangan isteri, sekarang (pak) pula yang pergi”.
Itulah perkongsian seorang wanita dipercayai anak saudara kepada lelaki yang pernah tular kerana menangis atas pemergian isteri tercinta baru-baru ini.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 10 saat yang dikongsikan oleh @dayahzulrimi di aplikasi TikTok, wanita itu berkongsi detik-detik bahagia dia bersama lelaki itu.
Menerusi akaun @dayahzulrimi, wanita itu pernah berkongsi sebuah video bapa saudaranya itu hampir rebah apabila tidak dapat menanggung kesedihan atas pemergian isteri yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Selain itu, @dayahzulrimi turut berkongsi perbualan WhatsApp ahli keluarga yang memberikan kata-kata semangat kepada anak sulung Allahyarham yang secara tiba-tiba kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam waktu terdekat.
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial media telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terkejut mendengar khabar sedih berkenaan.
“Baru kehilangan isteri tercinta, sedih sangat tengok arwah macam tak nak lepaskan isterinya,” kata @AnieyHermosa.
“Mereka mesti gembira dapat berjumpa di alam sana, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” ujar @QasehSofeaa.
“Subhanallah setia hujung nyawa, baru sahaja lepas tengok video isteri arwah,” jelas @FarizAhadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














