fbpx

Leylah selangkah lagi ke final Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEYLAH bakal menentang Sabalenka di peringkat separuh akhir Terbuka AS di Stadium Arthur Ashe awal pagi esok. – AFP

NEW YORK – Pemain remaja Kanada, Leylah Annie Fernandez terus mencipta fenomena dalam saingan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila melangkah ke pentas separuh akhir selepas membenam jaguh Ukraine, Elina Svitolina awal pagi semalam.

Leylah yang genap usia 19 tahun pada Isnin lalu, berjaya mengekalkan momentum cemerlang seperti ditunjukkan ketika menyingkirkan dua bekas pemain No.1 dunia, Naomi Osaka di pusingan ketiga dan Angelique Kerber pada suku akhir baru-baru ini.

Kemaraan pemain berdarah kacukan Kanada-Filipina itu sekali lagi gagal disekat apabila terus melakar sejarah tersendiri dalam kejohanan itu dengan mengatasi pemain ranking kelima dunia, Svitolina dengan keputusan 6-3, 3-6, 7-6 (7-5).

Bukan itu sahaja, permainan Leylah turut menerima tepukan gemuruh daripada semua penonton yang hadir menyaksikan aksi di Stadium Arthur Ashe itu sekali gus dianggap antara pencabar utama memburu gela­ran Terbuka AS musim ini.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika ini apabila berjaya mencatat kemenangan seterusnya. Saya akui sangat gemuruh sepanjang perlawanan kerana berdepan pemain hebat dan berpengalaman seperti Svitolina.

“Saya sangat berbangga apabila dapat bersaing sengit dengan Svitolina. Saya beritahu diri sendiri untuk cuba meraih mata dalam setiap set perlawanan.

“Saya amat berbangga kerana berjaya mengharungi permai­nan ini dengan baik seperti yang saya harapkan sekali gus melangkah ke separuh akhir,” kata Leylah.

Leylah kini akan membuat perhitungan dengan seorang lagi bintang tenis berpengalaman dunia, Aryna Sabalenka dari Belarus yang menewaskan pemain Republik Czech, Barbora Krejcikova 6-3, 7-6 pada aksi separuh akhir awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI