fbpx

Latif sedia bantu cari atlet pelapis negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LATIF tidak sabar untuk kembali menggegarkan pentas antarabangsa sejak menjuarai pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun tahun lalu.

PENYUMBANG pingat emas ketiga­ pada Sukan Paralimpik ­Tokyo 2020, Abdul Latif Romly berharap lebih ramai atlet pelapis dalam acara lompat jauh dapat dilahirkan selepas kejayaannya di temasya berprestij itu.

Latif menjadi atlet pertama negara yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh pada Sukan Paralimpik Tokyo selepas muncul juara dalam acara sama di Rio (2016).

Atlet kelahiran Perlis itu menegaskan, dia telah melakukan perbincangan dengan jurulatih untuk membantu mengesan atlet-atlet para yang berpotensi meskipun sedar Majlis Sukan Negara (MSN) berdepan kekangan untuk mengesan atlet berbakat berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Saya berbincang dengan jurulatih kerana saya ingin membantu­ untuk mencari atlet pelapis dalam acara lompat jauh. Saya akui bukan mudah untuk mengesan atlet para ketika ini berikutan kekangan kejohanan akibat pandemik Covid-19.

“Saya harap bila keadaan kembali tenang dan kejohanan dapat diadakan semula, ketika itu kita dapat mengesan semula bakat-bakat baharu.

“Kalau boleh saya mahu atlet tersebut mampu menemani saya di di temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris nanti. Mana tahukan ada atlet para yang layak ke sana nanti,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengenai tahap kecederaannya, Latif me­ngakui keadaan dirinya semakin baik namun perlu berehat dalam tempoh enam hingga ke lapan minggu.

“Kecederaan saya ketika di Tokyo tidak serius. Saya hanya berdepan masalah untuk berjalan tetapi keadaan bertambah baik.

“Tetapi rasanya akan pulih dalam sedikit masa lagi. Buat masa ini memang terasa sakit bila bergerak atau cuba berjalan.

“Selepas habis kuarantin ini saya akan menjalani rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN),” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI