SHAH ALAM – Dua termasuk seorang penjawat awam ditahan hari ini selepas dipercayai terlibat rasuah RM18,000 bagi pembekalan baja, enam tahun lalu.
Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50an ditahan pukul 3 petang tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Katanya, siasatan awal mendapati mereka telah menerima suapan itu daripada sebuah syarikat pembekal baja.
“Ini sebagai balasan kerja-kerja membekalkan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000. Kesemua baja itu adalah untuk sebuah pertubuhan peladang di Selangor,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.
“Permohonan reman terhadap dua suspek tersebut akan dilakukan pukul 9 pagi, esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” jelasnya. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














