fbpx

Lebih 37 juta dos vaksin telah diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 37,071,789 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah penerima dos pertama ialah 20,814,413 manakala 16,299,881 orang sudah menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, setakat semalam juga sebanyak 63.7 peratus jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 49.9 peratus lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan 326,476 dos dengan 134,307 menerima dos pertama dan 192,169 adalah dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI