fbpx

ATM cekup 18 PATI menyorok dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI Indonesia yang diberkas ATM di Teluk Ramunia, Bandar Penawar, Kota Tinggi selepas disyaki cuba memasuki negara ini secara haram malam semalam.

KOTA TINGGI – Pergerakan bot mencurigakan yang dikesan berjaya membawa kepada penahanan seramai 18 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Teluk Ramunia, Bandar Penawar di sini malam semalam.

Pergerakan bot dikesan kira-kira pukul 9 malam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum maklumat disalurkan kepada Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd), Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan PATI warganegara Indonesia itu dilakukan pada semalam dan hari ini.

“Pihak APMM telah mengesan pergerakan bot mencurigakan melalui Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) pada pukul 9 malam semalam. Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi berkenaan bagi membuat pengintipan.

“Hasil serbuan yang dilakukan sekitar pukul 11.30 malam telah berjaya menangkap tiga PATI sedang bersembunyi dalam hutan di lokasi berkenaan.

“Pada masa yang sama agensi yang turut bekerjasama dalam Op Benteng iaitu pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), APMM, Pasukan Polis Marin (PPM) juga turut berjaya menangkap 13 PATI,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua PATI bersama sebuah bot yang ditahan di kawasan pantai sekitar Teluk Ramunia itu dibawa ke Jeti Tanjung Pengelih dan diserahkan kepada pasukan untuk siasatan dan proses dokumentasi lanjut.

Tambahnya, dalam tangakapan berasingan pada pukul 8 pagi tadi dua lagi PATI ditangkap sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.

“Keseluruhannya seramai 18 PATI tersebut yang terdiri daripada 15 lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 43 tahun dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

“Kita turut merampas wang tunai termasuk matawang Indonesia, 10 telefon bimbit dan barangan kemas nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,356.52.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas,”katanya.

Jelasnya satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI