fbpx

Ronaldo boleh pandu Bugatti cuma pada kelajuan 30 kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo perlu mengikut undang-undang had laju di kawasan perkampungan yang menjadi lokasi kediaman baharunya di England. - BackGrid

LONDON – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo mungkin terpaksa melupakan hobinya yang gemar memandu kereta sport mewah secara laju di kawasan kediaman baharunya kerana perlu mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu 30 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Ronaldo dilaporkan baru berpindah ke sebuah rumah agam berharga £6 juta (RM34.5 juta) di Cheshire, England selepas terbang ke negara itu pada minggu lepas sebaik menyertai pasukan Manchester United.

Kediaman baharunya menempatkan koleksi kereta sport mewah miliknya termasuk Ferrari Monza, Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport dengan nilai keseluruhan  £17 juta (RM97.7 juta) dan  kesemuanya berupaya mencatat kelajuan lebih 300 kilometer sejam.

Bagaimanapun, majlis daerah di kawasan perkampungan Alderley Edge yang menjadi tempat tinggal baharu Ronaldo menetapkan bahawa had laju di kawasan tersebut hanyalah 30 km sejam.

Menurut sumber, undang-undang tersebut akan memberi kesan kepada hobi bintang bola sepak itu yang gemar memandu laju.

“Ronaldo amat sayang akan kereta-keretanya dan sering memandu dengan laju untuk menunjukkan kehebatannya. 

“Bagaimanapun, memandu sebuah Lamborghini pada kelajuan 30 km sejam bukanlah sesuatu yang hebat,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, tambah sumber tersebut, perkampungan Alderley Edge sebelum ini sering menjadi lokasi kepada  pemilik kereta sport mewah untuk memandu dengan laju dan mempamerkan kehebatan mereka.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk setempat, lantas mereka membuat aduan kepada pihak majlis daerah.

“Kami komited untuk mengurangkan had laju,” kata Majlis Daerah Timur Cheshire. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI