WASHINGTON – Sekeping kad jarang ditemukan memaparkan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dijual pada harga AS$1.35 juta (RM5.3 juta) dalam satu acara lelongan, lapor laman berita Idman & Biz.
Kad eksklusif Panini Kaboom 2018 itu dikeluarkan ketika Ronaldo bermain untuk kelab bola sepak gergasi Itali, Juventus.
Ia dijual melalui rangkaian jualan Fanatics Collect, baru-baru ini.
Selain mencatatkan rekod jualan tertinggi bagi memorabilia berkaitan Ronaldo, ia juga menjadi kad dagangan bola sepak kedua paling mahal dalam sejarah.
Rekod semasa kad bolak sepak masih dipegang kad rookie bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang dijual pada harga AS$1.5 juta (RM5.9 juta) pada 2025.
Kad Panini Kaboom 2018 tersebut menerima gred sempurna 10 daripada Pengesahan Sukan Profesional (PSA), lapor saluran berita ESPN.
Ronaldo yang berusia 41 tahun kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al Nassr dan kekal antara atlet paling dikenali ramai dalam dunia sukan. – AGENSI














