fbpx

Pemandu nyaris maut kereta terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Honda Accord terbalik di Jalan Karian di Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Kerian, Nibong Tebal di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan kejadian itu pada pukul 1.29 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipercayai terbabas dan terbalik di atas jalan raya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 26 tahun yang terperangkap di bahagian pemandu telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa hanya cedera ringan dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, operasi membabitkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal itu tamat pada pukul 1.52 tengah hari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI