fbpx

LUAS ambil empat sampel pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak LUAS mengambil empat sampel air berhubung insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih melibatkan kawasan hulu sungai dan pertemuan keluar Sungai Semenyih.

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil empat sampel berhubung insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

LUAS berkata, sampel itu melibatkan tanah, aliran keluar minyak daripada premis sampel air di hulu sungai dan sampel air di pertemuan keluar Sungai Semenyih.

“LUAS tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pelaku selaras dengan Seksyen 79 (1) (a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020.

“Sabit kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda sehingga RM1juta,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Kata LUAS, pihaknya akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan 24 jam di lembangan sungai dalam memastikan kelansungan sumber air di Selangor terpelihara.

Tambahnya, Skuad Pantas LUAS telah menjalankan pemantauan statik dan pensampelan ujian bau di dua kawasan iaitu di Jabatan Ladang Bukit Unggul dan Jambatan Kampung Rinching Hilir serta pensampelan ujian bau yang dijalankan setiap satu jam.

“Serbuk karbon teraktif, Oil Boom dan Oil Pad juga diletakkan di kawasan berkaitan bagi mengawal sebarang pencemaran ke Sungai Semenyih bagi menangani isu pencemaran itu sebelum ini,” jelasnya.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas buat kali kedua pada Jumaat lalu iaitu selang empat hari daripada kejadian pertama pada 31 Ogos lalu.

Pencemaran itu berpunca daripada sebuah kilang berasaskan makanan dengan pemilik premis itu bakal didakwa nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI