fbpx

Harga dedak naik, ayam RM10 sekilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantau harga ayam di sebuah pasar basah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesahkan berlaku kenaikan harga ayam segar sehingga RM10 sekilogram di negeri tersebut sejak awal bulan ini.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemantauan di 46 premis perniagaan merangkumi pasar basah, pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negeri ini mendapati harga ayam segar dijual antara RM6.90 sehingga RM10 sekilogram.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu didakwa disebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga dedak ayam sejak kebelakangan ini.

“Peruncit mendakwa kenaikan itu berlaku pada peringkat pembekal dan pemborong lagi sehingga mereka tidak pilihan selain meningkatkan harga ayam segar di pasaran.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut akan diadakan di semua peringkat rantaian pembekalan bagi memastikan punca sebenar kenaikan harga ayam segar terbabit,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 sekiranya lonjakan harga ayam itu berlaku atas sebab tidak munasabah.

Kosmo! hari ini melaporkan harga ayam segar di pasar-pasar awam di seluruh negara mencatat kenaikan ketara sehingga mencecah RM10 sekilogram sejak minggu lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI