fbpx

Gagal buktikan prima facie 12 pertuduhan pecah amanah Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie atas 12 pertuduhan pecah amanah yang dipertuduhkan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam Hamidi Mohd. Noh ketika berhujah berkata kesemua 12 pertuduhan pecah amanah tersebut membabitkan 52 cek yang mana 44 daripada cek itu untuk pembayaran kad kredit.

Kesemua cek itu diuruskan oleh saksi ke-90 iaitu Mejar Mazlina Mazlan@Ramly.

Menurut peguam itu, Mazlina telah mengeluarkan cek pra-tandatangan dan cop tandatangan Ahmad Zahid tanpa pengetahuan bekas timbalan perdana menteri itu.

“Mazlina merupakan saksi pendakwaan utama yang mana beliau mempunyai kawalan dan jagaan buku seperti yang diakui dalam pemeriksaan balas. Saksi itu juga memegang kunci laci tempat buku-buku cek disimpan sedangkan Ahmad Zahid tidak mempunyai kunci tersebut,” kata peguam itu.

Sementara itu berhubung dengan 32 cek yang dicop didakwa dilakukan oleh Ahmad Zahid, peguam itu berhujah bahawa tiada bukti anak guamnya berbuat demikian kerana cop itu tidak berada pada tertuduh.

Peguam itu berkata demikian ketika prosiding hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squaerah.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI