fbpx

PJH sumbang kemudahan khemah di Hospital Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabariah Ramli (duduk tengah) berbual bersama penerima vaksin pada majlis penyerahan khemah dilengkapi pendingin hawa di Pusat Pemberian Vaksin Khas Hospital Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH) tidak mahu ketinggalan dalam memberi sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 (PICK) yang dilaksanakan kerajaan.

Terbaharu, pemaju utama Wilayah Persekutuan Putrajaya itu sudi menyumbang khemah besar dengan penyaman udara bagi keperluan Hospital Putrajaya (HPj).

Pengurus Besar (Jualan dan Pemasaran) PJH, Sabariah Ramli berkata, kemudahan itu akan digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) oleh HPj.

Beliau berkata, khemah itu disumbangkan anak syarikat PJH iaitu Putrajaya Homes Sdn. Bhd. bertujuan meningkatkan pemberian vaksin Covid-19 menerusi Program Lonjakan Kapasiti.

“Kemudahan yang disumbangkan itu diharap dapat melancarkan PICK di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

“Sumbangan ini salah satu daripada tanggungjawab kami untuk membantu komuniti setempat termasuk penduduk di Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Pengarah HPj Datuk Dr. Nora’i Mohd. Said berkata, ketika ini, PPV HPj telah meningkatkan kapasiti pemberian vaksin dan mampu menampung antara 180 hingga 200 janji temu sehari.

“PPV khas ini hanya dikhususkan buat individu berisiko tinggi seperti warga emas dan ibu hamil,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI