fbpx

Pemuda Orang Asli bergejala jadi punca Kg Dusun Pak Senam kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Pahang iaitu Kampung Dusun Pak Senam di Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini.

Ia susulan kluster komuniti diumumkan semalam daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan bergejala sejak 29 Ogos sebelum disahkan positif Covid-19 pada 2 September.

Setakat ini, sejumlah 11 orang sudah dijangkiti hasil saringan ke atas 67 individu di lokaliti ini yang sebahagian besar penduduk telah divaksin menerusi program outreach pada Jun lalu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD secara serentak selama tempoh 14 hari yang juga bermula lusa sehingga 21 September depan ialah empat lagi perkampungan di sekitar Sabah.

Ia melibatkan Kampung Mompilis, Matunggong, Bahagian Kudat; serta Kampung Pahu Pinawantai, Ranau; Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud, Bahagian Pantai Barat.

Dua lokaliti di negeri itu yang sepatutnya tamat PKPD pada esok, tetapi akan disambung lagi dua minggu iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI