fbpx

Juruwang, isteri didakwa aniaya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini. : FOTO- MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penganiayaan sehingga menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan cedera dalam kejadian di Felda Bukit Jalor, Tampin, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh Muhammad Afiq Abdullah, 23, yang bekerja sebagai juruwang stesen minyak dan isterinya yang baharu berusia 17 tahun sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama didapati melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dibahagian kepala, mata, badan dan juga tapak kaki.

Kesalahan itu dilakukan di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan pada 3 hingga 25 Ogos lalu.

Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Saiful kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Oktober ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI