fbpx

Tujuh lagi PPV bergerak perlu dibuka di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Adham Baba (dua dari kanan) bertanya khabar seorang pekerja industri yang mendaftar untuk divaksin ketika meninjau keadaan Pusat Pemberian Vaksin di AICC, Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) diminta menambah tujuh lagi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di negeri ini sebelum akhir bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penambahan dibuat bagi meningkatkan keupayaaan kepada 13 PPV bergerak sedia ada serta menyokong program jangkauan luar yang dijalankan.

Beliau yang juga Pengerusi bersama CITF berharap dengan adanya 20 PPV berkenaan akan membantu mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat negeri ini khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“CITF Johor akan memberi komitmen penuh membantu program jangkauan luar bagi meningkatkan proses vaksinasi di negeri ini.

“Sehingga semalam, seramai 175,360 rakyat Johor sudah menerima suntikan vaksin di 13 PPV bergerak dan jangkauan luar sedia ada, daripada jumlah itu, seramai 89,263 daripadanya menerima suntikan dos pertama manakala 86,097 sudah lengkap divaksin.

“Secara keseluruhan, sebanyak 261,457 dos vaksin telah diberi di 13 PPV berkenaan. Apabila jumlahnya ditambah kepada 20, saya percaya lebih ramai rakyat Johor di kawasan luar bandar akan dapat divaksin dalam masa terdekat,” katanya selepas melawat PPV Mount Austin di Austin International Convention Centre, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Adham berkata, terdapat sebanyak 364 PPV di negeri ini yang menawarkan pelbagai jenis vaksin antaranya Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac dengan Johor merupakan negeri kedua tertinggi menerima bekalan vaksin pada bulan lalu dan bulan ini melibatkan lebih 4 juta dos vaksin yang direkodkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI