fbpx

Dulu ‘jambu’, kini As’ad Motawh makin dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS’AD MOTAWH menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa dirinya mengatakan bersekolah itu perkara yang membuang masa.

AMBOI bukan main lagi imej terkini penyanyi yang cukup terkenal kerana memiliki wajah ‘jambu’, siapa lagi kalau bukan As’ad Motawh.

Ramai yang perasan semakin hari bentuk tubuh penyanyi itu makin ‘sado’ berbanding sebelum ini. Malah, ada juga segelintir peminatnya mendakwa imej As’ad kini kelihatan lebih dewasa seperti sudah layak jadi ‘daddy-daddy’.

Beberapa keping gambar As’ad yang tular dalam laman sosial TikTok turut menjadi bualan netizen terutama peminatnya apabila mengakui bahawa penyanyi itu kelihatan lebih kacak dan dewasa.

Netizen kata, wajah dan imej penyanyi itu kelihatan berbeza. Selain ‘buat badan’, As’ad juga didakwa turut membentuk keningnya supaya kelihatan lebih kemas dan rapi.

Makin kacak Diva tengok penampilan As’ad. Lebih-lebih lagi sekarang dia juga sengaja membela misai. Mesti ramai yang bergetar jiwa raga tengok As’ad.

DIVA: Lega tengok perkembangan Fazli Zainal yang kembali aktif lancar single selepas sebulan bertarung dengan Covid-19 tahap empat di atas katil hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI