fbpx

120 tan makanan dilucut hak jadi makanan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kanan) menyerahkan bekalan makanan yang dilucutkan hak untuk dijadikan makanan haiwan kepada agensi terlibat di Rantau Panjang hari ini. - YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menyerahkan sebanyak 120 tan bahan makanan yang telah dilucutkan hak untuk dijadikan sebagai sumber makanan kepada haiwan di jabatan dan agensi kerajaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, bahan makanan berupa keratan ayam sejuk beku, daging dan sosej yang bernilai RM2.1 juta itu telah diserahkan bermula dari Januari hingga Ogos lalu.

Menurutnya, serahan kepada pelbagai agensi dan jabatan di negara ini menerusi Program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin bertujuan memastikan bekalan makanan haiwan sentiasa mencukupi.

“Makanan ini diserahkan kepada pihak Zoo, Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) dan sebagainya.

“Kesemua serahan itu adalah daripada hasil sitaan barangan import yang telah melalui proses undang-undang dan yang telah dilucut hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan di bawah Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011 (Akta 728),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Maqis Kelantan menyerahkan bahan makan kepada enam jabatan kerajaan iaitu JPM Marang (Terengganu), JPM Machang (Kelantan), JPM Pengkalan Chepa (Kelantan), Zoo Taiping (Perak), NWRC Sungai Perak dan Royal Endurance Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI