fbpx

Syukor Burger bakal miliki 1,000 kios burger akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat untuk membantu dalam persekitaran ekonomi yang sukar sehingga menyebabkan kadar pengangguran  meningkat secara mendadak telah mendorong syarikat  Syukor Burger bergerak aktif menyusun strategi baharunya untuk membantu golongan terjejas.

Pengasas jenama tersebut, Syukor Majid, 33, telah mencari idea dengan membangunkan cabang perniagaan  berkaitan makanan dan minuman untuk menawarkan peluang bisnes berpotensi kepada mereka yang berminat.

“Sembilan bulan lalu, saya tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan burger tetapi kerana niat untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat, saya berusaha gigih dalam masa yang singkat itu untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan.

“Saya belajar buat semua perkara termasuk roti, daging  ‘patty’, sos dan mayonis.

“Berkat usaha tersebut, saya kini semakin mahir dan jika ada yang bertanya tentang burger, saya sudah pandai membuatnya,” kata beliau dalam kenyataan.

Syukor Burger yang memulakan perniagaan pada suku ketiga tahun ini telah berjaya mencatat jualan sehingga satu juta unit burger pada bulan lalu.

Melalui pencapaian tersebut, beliau semakin bersemangat untuk menawarkan peluang perniagaan kepada lebih ramai usahawan.

“Mereka tidak perlu mengeluarkan modal kerana gerai dan bahan mentah telah disediakan oleh pihak syarikat.

“Mereka hanya perlu fokus berniaga,” jelas anak kelahiran Pulau Pinang yang  telah memulakan pelbagai perniagaan sejak tahun 2010.

Tambah Syukor, buat masa ini, sebanyak 200 peluang pekerjaan baharu telah ditawarkan untuk membangunkan cabang perniagaan Syukor Burger.

Dalam masa yang sama, beliau turut memiliki sebanyak 600 kios burger di seluruh negara.

“Ini bermakna lebih 600 operator telah berjaya kami bantu dalam keadaan ekonomi sukar ini dan saya menjangkakan jumlah rangkaian tersebut akan bertambah sehingga 1,000 kios menjelang akhir tahun ini,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI