fbpx

Tiga penyanyi terkenal jumpa Ebit Lew jalin kerjasama misi kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit lew bergambar dengan Sufian Suhaimi dan Khai Bahar.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terharu apabila dapat bertemu dan berkongsi ilmu dengan tiga penyanyi terkenal iaitu Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Syafiq Farhain.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebooknya hari ini, Ebit memaklumkan pertemuan dengan ketiga-tiga penyanyi itu adalah untuk menghidupkan kebaikan dan kasih sayang dalam umat serta untuk misi kemanusiaan.

“Baik sangat dan lemah lembut dalam pertuturan, tiga penyanyi terkenal dan baik, Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Syafiq Farhain.

“Bila berbual dengan mereka terasa dekat sangat walau kali pertama dapat berbual panjang, Allah beri mereka kelebihan yang besar,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ebit, beliau memohon doa orang ramai agar segala kerjasama beliau dengan ketiga-tiga penyanyi itu dipermudahkan.

“Banyak kerja dalam membangunkankan ummah bersama, doakan ya, semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI