fbpx

Reka troli khas untuk anak murid cacat penglihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Wan Muadzam menguji troli yang dibuat khas untuk membantu anak murid OKU cacat penglihatan berlari tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Tindakan kreatif seorang guru mencipta troli khas bagi membantu anak murid Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan supaya dapat berlari menyentuh hati pengguna media sosial, hari ini.

Beliau menerusi akaun TikTok bernama Cikgu Azam berkongsi tiga klip video yang antaranya memaparkan proses pembikinan troli berkenaan yang diperbuat daripada batang paip polivinil klorida (PVC) serta turut dilengkapi roda.

“Sebiji (serupa) macam troli pasar raya. Tapi Alisya waktu ini gembira sangat sebab kali pertama lari tanpa perlu pegang bahu cikgu atau menggunakan tali.

“Ini projek inovasi saya. Khas membantu murid cacat penglihatan dalam aktiviti larian mereka. Berjaya menghabiskan lima kilometer tahun lalu,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Cikgu Azam atau nama lengkapnya Wan Muadzam tidak menyangka video-video tersebut mendapat lebih 500,000 tontonan setelah perkongsiannya diklasifikasikan sebagai For Your Page (FYP) di platform tersebut.

“Baru tahu apa FYP itu apa. Mahu ‘jammed’ jari membalas komen. Saya secara rasmi suka komuniti TikTok yang sangat-sangat positif orangnya,” ujarnya hari ini.

Guru yang mengajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Klang itu turut berkongsi video beliau melatih sekumpulan murid OKU bermain bola.

Rata-rata pengguna media sosial itu meluahkan perasaan terharu menyaksikan kegigihan guru dalam mencurahkan khidmat bakti untuk mendidik anak-anak istimewa.

“Hebat cikgu bagi anak-anak istimewa berlari walaupun OKU penglihatan. Inovasi yang buat orang gembira,” kata Mohd Nor Faiz Zaman

“Insya-Allah jika diberikan rezeki sebagai guru pendidikan khas saya akan buat yang terbaik seperti cikgu,” ujar Amar Aminuddin.

“Sama seperti anak saya yang buta kedua belah mata. Semoga cikgu mendapat rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik dan terus dapat mengajar anak-anak istimewa,” doa Puttra 133.

“Mengalir air mata saya. Terima kasih cikgu kerana menjadi pemimbing yang terlalu ikhlas,” kata Siti Rohaya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI