fbpx
Suspek yang mencuri beg sandang milik pemandu lori sebuah kilang ketika penstriman langsung TikTok.

Curi beg sandang ketika ‘live’ TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tular aksi seorang lelaki mencuri beg sandang milik seorang pemandu lori ketika penstriman langsung aplikasi TikTok dalam kejadian di kawasan perindustrian Sungai Puloh, di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi dengan beg sandang itu diletakkan mangsa berusia 29 tahun di atas kerusi hadapan pintu masuk kilang tempatnya bekerja.

Menerusi hantaran oleh @Neerzaida di laman Threads, pencuri tersebut berjaya membuat transaksi wang selain sempat menggunakan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak.

“Pencuri juga sempat menggunakan sejumlah wang untuk membeli barang di premis 7eleven di kawasan berhampiran kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao dalam kenyataan akhbar memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 3.39 pagi berhubung kehilangan beg sandang yang mengandungi dokumen peribadi.

“Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membuat penstriman langsung di aplikasi TikTok.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumatmengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN