fbpx

Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan pangkat ke Koperal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamrose menyampaikan sumbangan TDM kepada isteri Allahyarham Mohamad Azrin, Nor Aqila Syafiqa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Tentera Darat Malaysia (TDM) menganugerahkan kenaikan pangkat secara posthumous kepada anggota tentera, Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, sebagai menghargai khidmat bakti arwah.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, dengan penganugerahan pangkat secara posthumous itu, Allahyarham Mohamad Azrin dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal.

Selain itu, kata beliau, bantuan kebajikan TDM akan diberikan kepada waris arwah berdasarkan Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain) 1982.

“Justeru pemberian faedah kelayakan kematian adalah dianugerahkan kepada balu dan anak serta ibu atau bapa dengan mengambil kira jumlah perkhidmatan arwah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu selama tujuh tahun empat bulan 20 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Mohamad Azrin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam di sini petang ini.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI