fbpx

Jadi sukarelawan untuk merdekakan negara dari Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas PPV Hotel De Palma mengenakan pakaian tradisonal masing-masing. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Berbusana kebangsaan seperti baju melayu, sari dan cheongsam menjadi pilihan sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Vaksin Selangor (SelVax) di Hotel De Palma Inn Seksyen 19 di sini, hari ini.

Rata-rata mereka mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan ke-64 dengan impian agar negara bebas daripada pandemik Covid-19.

Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nurhijanah Ja’afar Kamal,22, berkata, dia menjadi sukarelawan di PPV bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok lebih daripada 80 peratus.

“Kehidupan kita disentap sekelip mata apabila virus corona merebak sehingga menyebabkan banyak kematian. Sudah tentu, saya berharap agar Malaysia akan merdeka daripada dibelenggu Covid-19 tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, hari ini.

Bagi rakannya, R.Ramesh, 45, berharap rakyat Malaysia terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam aktiviti harian mereka.

“Sebaiknya duduk di rumah sahaja jika tiada urusan penting di luar. Kami berada di luar bagi memastikan lebih ramai menerima vaksin,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan, Mohd. Khairul Iman Mohd. Khairani, 19, gembira apabila dapat menyumbangkan tenaga dalam memudahkan urusan di PPV.

“Mungkin sumbangan saya sebagai generasi muda untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab terhadap dalam membantu masyarakat dan negara,” jelas pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI