fbpx

Dua kampung di Pekan kena PKPD selepas lebih 30 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Dua perkampungan dalam Mukim Bebar, Daerah Pekan, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini melibatkan Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian.

Pelaksanaan PKPD itu susulan lebih 30 penduduk warga tempatan di dua lokaliti itu disahkan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat oleh Jabatan Kesihatan Pahang sejak 24 Ogos.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, urut dikenakan perintah sama serentak sehingga 15 September depan ialah dua lokaliti di Daerah Ranau, Sabah iaitu Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru, Pasir Putih.

“Sementara itu, satu lagi lokaliti di negeri tersebut dilanjutkan lagi PKPD iaitu Taman Ria Height, Tawau, namun tiga lokaliti ditamatkan esok lebih awal daripada jadual iaitu Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau di Kota Belud.

“Selebihnya tujuh lokaliti di negeri itu iaitu Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang; Kampung Payas-Payas, Kota Belud; Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu; Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran; serta Beverly Hills Fasa 3 dan Rengency Park, Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Pahang pula jelas Rodzi, dua lokaliti akan tamat PKPD masing-masing juga esok iaitu di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh dan Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI