fbpx

Warisi semangat kebersamaan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pemimpin tanpa mengira batasan agama, bangsa dan kaum dapat diwarisi generasi hari ini untuk memulih dan membina negara.

Perdana Menteri berkata, beliau bagi pihak seluruh Keluarga Malaysia mengalungkan setinggitinggi penghargaan kepada tokoh-tokoh negara yang sangat berjasa ini yang telah pergi meninggalkan kita.

“Kita mahu mempunyai semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Ismail Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H.S. Lee dan Tun V.T. Sambanthan.

“Ini juga termasuklah kebersamaan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak seperti Tun Datu Mustapha, Tun Muhammad Fuad Stephens, Tun Abdul Rahman Ya’kub dan Tun Temenggong Jugah terhadap pembentukan Malaysia,” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-64 di saluran televisyen tempatan malam tadi.

Beliau juga berharap, tahun ini akan menjadi tahun terakhir negara merayakan Sambutan Hari Kemerdekaan dalam suasana peperangan melawan pandemik Covid-19 hasil kerjasama daripada semua pihak.

“Marilah kita memerdekakan negara kita daripada pandemik ini, daripada kegawatan ekonomi dan daripada ketidakstabilan politik,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI