fbpx

Penguatkuasaan SOP di Dang Wangi bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Dang Wangi akan mengadakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) menerusi Op Patuh di sekitar daerah itu bermula esok hingga 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya ingin menghebahkan kepada masyarakat berhubung penguatkuasaan tersebut.

“Op Patuh berkenaan berkaitan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan orang ramai hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan yang telah ditetapkan.

“Justeru, PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI