fbpx

PDRM siasat dakwaan penahanan 2 rakyat tempatan di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum terdapat laporan berita mengenai penahanan dua rakyat tempatan ekoran penglibatan mereka sebagai pejuang Islamic State (IS).

“Setakat ini, PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan.

“Bagaimanapun, PDRM telah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, siasatan juga sedang dijalankan berhubung laporan berita tersebut.

“Laporan berita tersebut mendakwa ia melibatkan pejuang IS warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI