fbpx

Belanjawan Johor 2022 fokus 12 agenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni berucap dalam majlis pelantikan dan angkat sumpah Datuk Bandar Johor Bahru di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 53,908 isi rumah di negeri ini berada dalam kategori miskin mutlak dengan pendapatan isi rumah mereka lebih rendah daripada nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keadaan itu membuatkan golongan berkenaan sukar menampung kos keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat berteduh.

Katanya, hasil daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersilih ganti, ramai antara isi rumah di Johor sebenarnya telah terjerumus ke dalam kemiskinan.

“Oleh itu, cukuplah saya menyatakan bahawa cabaran utama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) adalah untuk mengagihkan kekayaan bagi merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat bandar.

“Tentu sekali, ia memerlukan pendekatan yang lebih spesifik dan lebih inklusif daripada sebelumnya,” katanya semasa berucap dalam majlis pelantikan dan angkat sumpah Datuk Bandar Johor Bahru di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Datuk Noorazam Osman mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Johor Bahru ke-13 menggantikan Datuk Adib Azhari Daud.

Tambah Hasni, Belanjawan Johor 2022 akan menekankan elemen pengupayaan golongan memerlukan dalam kesemua 12 Agenda Kebajikan, Pemberdayaan dan Keberhasilan-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI