fbpx

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 82, meninggal dunia awal pagi hari ini akibat jangkitan Covid-19.

Menerusi perkongsian Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di laman Facebooknya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 1.40 pagi di sebuah hospital.

Katanya, Allahyarham merupakan mantan KSN dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin, Al-Fatihah,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras.

Allahyarham, adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI