fbpx

Ismail Sabri ucap takziah buat keluarga Ahmad Sarji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, selaku mantan Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham cukup sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkat imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam.

Kata beliau, Allahyarham turut komited menyumbang idea dan kepakaran termasuk dalam sektor pendidikan walaupun setelah bersara.

“Hari ini, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat dihormati dan disegani iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan saya doakan agar tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Majlis Raja-Raja, Allahyarham juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam di dalam negara.

“Pemergian Allahyarham yang bagi saya adalah seorang negarawan, merupakan suatu kehilangan besar buat negara. Jasa bakti Allahyarham akan terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sampai bila-bila.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama para anbia, al-Fatihah,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI