fbpx

Penjawat awam perlu daftar vaksin segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul Adib ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan JPA secara maya, hari ini.

PUTRAJAYA – Penjawat awam disarankan supaya segera berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan tidak melengah-lengahkan lagi pendaftaran itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman berkata, pendaftaran segera bagi mendapatkan vaksin mampu melindungi diri sendiri daripada kesan lebih memudaratkan.

Beliau berkata, berdasarkan data klinikal dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada 19 Ogos lalu, hanya 0.03 peratus jumlah kematian akibat Covid-19 membabitkan individu lengkap vaksin.

“Manakala, hanya 0.6 peratus kematian pula membabitkan individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

“Justeru, seluruh rakyat Malaysia termasuk penjawat awam perlu bersatu memberikan komitmen sepenuh hati dalam menyahut misi bagi mencapai imuniti kelompok melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya
ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya hari ini.

Mohd. Khairul Adib juga mahu penjawat awam supaya lebih bertanggungjawab memberi penerangan betul terhadap kepentingan mendapatkan vaksinisasi Covid-19 khususnya kepada keluarga terdekat dan masyarakat sekeliling.

Beliau berkata, seramai 2,430 penjawat awam telah ditugaskan semula ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam inisiatif mobilisasi penjawat awam dan aset kerajaan bagi mengekang pandemik ini.

Pada perhimpunan sama, Mohd. Khairul Adib turut melancarkan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam bagi meningkatkan tahap pengamalan nilai dan integriti di peringkat individu dan organisasi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI