fbpx

Steffi pasang impian bersama skuad wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEFFI (dua dari kanan) mengakui teruja untuk membantu skuad negara pada aksi Piala Asia Wanita 2022.

RATU futsal Malaysia, Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh teruja apabila namanya dipanggil menyertai kem latihan skuad wanita kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Jerusalem, Palestin bulan depan.

Steffi antara 28 nama yang akan bersaing merebut slot akhir 23 pemain menggalas cabaran negara menentang Thailand serta Palestin dalam saingan Kumpulan H di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini pada 19 dan 22 September ini.

“Saya sangat teruja kerana kembali semula dalam pasukan kebangsaan. Saya tak sabar sebenarnya melihat bagaimana gabungan pemain muda dan senior untuk kami memberikan aksi 100 peratus buat skuad kebangsaan.

“Semua orang yang mewakili pasukan kebangsaan mahu menang mana-mana kejohanan. Sasaran saya mahu memberikan aksi terbaik dan mencapai sesuatu di Palestin.

“Memandangkan kami sudah lama tiada kejohanan, jadi fokus 100 peratus sekarang tertumpu kepada sesi latihan supaya segala-galanya berjalan lancar pada hari kejohanan nanti,” katanya.

Skuad kendalian Jacob Joseph itu sudah mula turun menjalani latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan pendekatan kuarantin sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

Selepas seminggu berlatih di Wisma FAM, skuad negara dijangka meneruskan latihan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Ahad ini sebelum menyenaraikan 23 pemain akhir yang akan berlepas ke Palestin pada 15 September depan.

Sebagai rekod, hanya juara Kumpulan H layak automatik ke Piala Asia Wanita 2022 dijadualkan berlangsung di India dari 20 Januari hingga 6 Februari tahun depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI